Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) menyentuh tablet sebagai simbolik perasmian Majlis Pelancaran AGENDA 2023 Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak hari ini.

Kerajaan Sarawak sokong AGENDA 2023 DBPCS

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 15 Feb: Kerajaan negeri menyokong AGENDA 2023 Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak (DBPCS) yang bersifat memperkasakan bahasa sekali gus mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Menteri Di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata manifestasi program sepanjang tahun badan berkanun itu telah disokong sebelum ia dilancarkan.

“AGENDA 2023 akan mengukuhkan platform bahasa Malaysia dalam aktiviti mereka untuk mengukuhkan perpaduan dalam semangat slogan kerajaan MADANI.”

“Di dalam konteks Sarawak melalui program AGENDA 2023 kita akan berkongsi maklumat walaupun di Sarawak dalam Perlembagaan kita (bukan) bahasa rasmi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran AGENDA 2023 Dewan Bahasa Dan Pustaka Cawangan Sarawak, di sini hari ini.

Menurut Abdullah Saidol, AGENDA 2023 merupakan platform untuk merangsang minat dan membuka minda dalam mengembangkan ilmu sastera terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Dalam pada itu beliau akui ada segelintir generasi muda kini mungkin sukar mendalami seni sastera klasik namun keunikan bahasa setiap etnik di negeri ini turut berperanan mengukuhkan perpaduan.

“Saya yakin setiap etnik di Sarawak atau di seluruh negara ini mempunyai budaya (seni) yang lembut (difahami) kerana kita tidak memaksa mereka memahami budaya seni klasik tidak kira bahasa Melayu, Iban dan Cina yang lama,” jelasnya

Namun beliau optimis budaya dalam kalangan etnik yang pelbagai akan mengukuhkan lagi perpaduan maka itu tidak akan menjadi masalah untuk Sarawak menguasai kesenian bahasa.

Hadir sama Pengarah DBCS, Abang Haliman Abang Julai dan Ketua Eksekutif Pustaka Negeri Sarawak, Japri Bujang Masli.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan