Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada Majlis Malam Apresiasi dan Jalinan Kasih Jabatan Muzium Sarawak (JMS) 2023, di Kuching, malam tadi. Turut kelihatan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Datuk Snowdan Lawan. Foto: TVS

Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard antara muzium baharu dibuka tahun ini

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Feb: Muzium Warisan Perindustrian Brooke Dockyard antara muzium dan galeri yang akan dibuka kepada pengunjung pada tahun ini, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu mendedahkan Taman Arkeologi Santubong, Wallace Centre, Muzium Limbang dan Galeri Rumah Sri Aman juga bakal dibuka kepada orang ramai.

Sementara itu, beliau berkata terdapat 14 projek di bawah Jabatan Muzium Sarawak (JMS) dan enam projek memulihara serta menaik taraf Kubu Emma, Kubu Brooke, Kubu Lili, Kubu Hose, Kubu Sylvia dan Kubu Arundell.

“Selain itu, pembangunan serta permilihan artifak untuk bangunan lama Muzium Sarawak juga sedang giat dijalankan,” katanya ketika berucap pada Majlis Malam Apresiasi dan Jalinan Kasih Jabatan Muzium Sarawak (JMS) 2023, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau yang juga Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan memberitahu Borneo Cultures Museum (BCM) telah menerima jumlah pengunjung seramai 600,165 orang setakat 13 Februari 2023, sejak ia dibuka pada 9 Mac 2022.

Terdahulu menurut Abdul Karim, BCM juga telah dianugerahkan Malaysia Tourism Council Gold Award bagi Museum of the Year (2022) pada tahun lepas.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Datuk Snowdan Lawan serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi), Datu Hii Chang Kee.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan