Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden dan Ketua Eksekutif PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz ketika ditemui pemberita di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

PETRONAS dan Sarawak perkukuh kerjasama ke arah kelestarian

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 14 Feb: Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) berhasrat untuk terus mengukuhkan kerjasmaa dengan Kerajaan Sarawak ke arah mencapai kelestarian.

Petronas Sarawak jalin kerjasama ke arah kelestarian

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz berkata, beliau yakin perkara itu akan memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk mencapai matlamat yang digariskan.

Kata beliau, ini melibatkan kegiatan huluan, pertengahan dan hiliran dengan Sarawak yang efisien.

“Ini memberi landasan yang lebih besar untuk kita bekerjasama ke arah kelestarian.

“Maksudnya, tenaga boleh diperbaharui, hidrogen dan petrokimia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Tengku Muhammad Taufik berkata, aspirasi Kerajaan Sarawak untuk membina ekonomi dan infrastruktur hidrogen merupakan cita-cita yang selari dengan hasrat syarikat cari gali minyak negara itu.

“Jadi, hidrogen dan tenaga boleh diperbaharui ini akan dipesatkan kegiatannya.

“Memang banyak peluang dan syukur, Sarawak mempunyai banyak sumber yang dapat dimakmurkan, pastinya dengan kadar segera,” ujarnya.

Mengenai pertemuan dengan Abang Johari, beliau memaklumkan ia bertujuan untuk memberi kemas kini dan perkembangan terbaharu mengenai semua usaha sama dan perkongsian melibatkan PETRONAS dengan kerajaan negeri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan