Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan rumah panjang yang terbakar dalam insiden kebakaran di Jalan Sinba Bintangor. Foto: BBP Bintangor

Separuh rumah panjang Sungai Kawi Bintangor musnah terbakar

BINTANGOR, 14 Feb : Tindakan pantas dan kecekapan anggota bomba mengawal kebakaran berjaya menyelamatkan separuh bangunan sebuah rumah panjang Sungai Kawi, hari ini.

Ketua Balai dan Penyelamat Bintangor, Penolong Penguasa Bomba Nicholas Belulin berkata, kemusnahan separuh daripada 34 pintu itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi bagaimanapun dilaporkan tidak melibatkan kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan.

Menurutnya, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 9.25 pagi.

“Sebaik tiba di lokasi, api masih marak. Kita bergegas melakukan pemadaman bagi memastikannya tidak merebak ke kawasan lain,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Sementara itu, menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Balai Bomba Sarikei turut membantu dilokasi dengan 11 anggota terlibat bersama sembilan anggota dari Balai Bomba Bintangor.

Setakat berita ini ditulis, kerja pemadaman susulan masih dilakukan.

Operasi turut dibantu anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing turut berada di lokasi bagi meninjau keadaan mangsa.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan