Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menerima peruntukan sebanyak RM360 juta bagi tahun hadapan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SPRM tahan pegawai universiti kemuka tuntutan palsu RM300,000

ByBernama

SHAH ALAM, 13 Feb: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan seorang pegawai di sebuah universiti tempatan bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan tuntutan palsu bagi projek pendidikan berjumlah kira-kira RM330,000 antara 2018 dan tahun lepas.

Menurut sumber, suspek wanita berusia 40 tahun itu ditahan pada kira-kira 4 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya aktiviti dan tuntutan yang dilakukan suspek tidak melibatkan kakitangan di bawah wanita itu.

Pengarah SPRM Selangor Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam esok untuk mendapatkan perintah reman. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan