Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita antara ditahan terlibat judi dalam talian kerana disyaki terlibat dalam kesalahan menjalankan aktiviti judi dalam talian secara tidak sah, di sini. Foto: IPD Kuching

Seorang wanita antara ditahan terlibat judi dalam talian di Kuching

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 13 Feb: Tujuh lelaki serta seorang wanita ditahan polis kerana disyaki menjalankan aktiviti judi dalam talian secara tidak sah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, kesemua mereka ditahan menerusi lapan serbuan dalam Op Dadu yang bermula pada 6 Februari lepas sehingga semalam.

Katanya, operasi berkenaan dilakukan di sekitar daerah ini terutamanya di kawasan yang berada di bawah pentadbiran Balai Polis Gita.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM649 dan lapan unit telefon bimbit pelbagai jenama serta beberapa keping keping keratan kata laluan dan angka,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Kata beliau, operasi itu dijalankan oleh sepasukan anggota dari Cawangan D7 Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak.

Sementara itu, Ahsmon berkata, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan aktiviti perjudian di daerah ini.

“Orang ramai diminta menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan