Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Ripin Lamat (tengah), Azizul Annuar Adenan (kanan) dan Mohamad Solhi Mohd Sharif (kiri) menjawab soalan belia dalam sesi Town Hall. Foto: TVS.

Belia Lundu perlu tangkas rebut peluang keusahawanan – Azizul

LUNDU, 11 Feb: Golongan belia di daerah ini dinasihatkan agar tangkas merebut peluang dengan menyertai program keusahawanan yang disediakan kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu Azizul Annuar Adenan memetik contoh bahawa program Youth Entrepreneur Setup (YES) yang dianjurkan oleh Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak antara paltform terbaik mengalakkan golongan belia di Sarawak untuk menceburi bidang perniagaan.

Menurutnya sudah tiba masanya belia di Sarawak pada hari ini mencipta peluang sebagai usahawan berbanding berkerja dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

“Di kawasan saya ada 60 buah kampung. Jika sebuah kampung melahirkan 2 golongan belia yang berjaya dalam bidang keusahawanan, kita akan mempunyai 120 belia Sarawak yang berjaya dalam bidang tersebut.

“Manafaatkan lokasi yang kita didiami. Contoh ya di Lundu ini tarikannya adalah pantai dan alam sekitar. Fikirkan apa bentuk perniagaan untuk ditawarkan kepada pengunjung yang datang,” katanya.

Azizul berkata demikian dalam ucapan perasmiannya di Majlis Perasmian YES @ Lundu 2023 di Dewan Masyarakt Lundu pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan) Dr Ripin Lamat dan Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani.

Sementara, dalam ucapannya, Dr Ripin mahu golongan belia mengambil peluang melalui program seumpama ini untuk hadir dan berdialog serta bertukar pandangan dengan pihak kementerian.

Selepas pandemik Covid-19 melanda dunia menurutnya peluang pekerjaan semakin kecil dan belia harus pandai mencipta peluang pekerjaan

Tambahnya lagi kerajaan Sarawak akan terus berkerjasama dengan beberapa agensi kerajaan dan swasta serta bank tempatan dalam membantu golongan usahawan belia.

“Kita mempunyai pelbagai geran untuk ditawarkan kepada belia. Kepada mereka yang berminat dengan Industri Kreatif kita mempunyai geran Sarawak Youth Creative Industry Fund (SYCIF) yang boleh dipohon golongan belia yang ingin menceburi keusahawanan bidang kesenian,” jelasnya.

Program hari ini turut diserikan dengan sesi dialog atau Town Hall bersama golongan belia yang menyertai YES di Lundu dikendalikan oleh Mohamad Solhi Mohd Sharif dari UWAIS Training and Consultancy. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan