Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Zailani (dua kiri) memakaikan vest keselamatan kepada salah seorang peserta warga emas pada Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen Peringkat Parlimen Kalabakan di Dewan Masyarakat Tawau. Foto: TVS

e-LKM dan e-LMM, tidak membebankan – KP JPJ

TAWAU, 11 Feb: Inisiatif memperkenal Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) dan Lesen Memandu Malaysia Malaysia Digital (e-LMM) merupakan usaha memacu sistem pendigitalan sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Zailani Hashim berkata, sistem baharu itu tidak akan membebankan mana-mana pihak sebaliknya mampu memberi impak positif sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.

Menurutnya, sistem itu dilaksana secara berfasa dan boleh diakses melalui MyJPJ atau portal awam JPJ yang akan memudahkan pengguna, memberi kemudahan lebih praktikal kepada penguatkuasa dan mengelakkan berlakunya isu ketirisan serta rasuah.

“Kita hanya perlu buka telefon semua ada dalam digital, dalam bentuk ‘online’ dan urusan pembaharuan pun boleh dibuat secara online, dan di pihak penguatkuasa pula kita ada alat SmED iaitu Smart Enforcement Device untuk mengesan maklumat lengkap pemandu,” katanya.

Beliau berkata ketika sidang media selepas Majlis Penutupan Program Bantuan Lesen Memandu MyLesen Peringkat Parlimen Kalabakan di Dewan Masyarakat Tawau, hari ini.

Katanya, seramai 241,000  pemegang LMM dan 1.14 juta LKM seluruh negara yang akan tamat tempoh pada bulan Februari ini menjadi perintis kepada pelaksanaan sistem berkenaan.

“Jika ada yang masih tidak selesa dengan teknologi maklumat, masih menggunakan telefon bimbit, kita masih membenarkan mereka menggunakan roadtax fizikal hingga hujung tahun ini.

“Mereka juga boleh mencetak lesen digital dan simpan di kenderaan jika risau berlaku isu talian internet,” katanya lagi.

Zailani berkata, penggunaan sistem itu juga lebih memudahkan kerana JPJ tidak perlu membuka banyak kaunter sekali gus membolehkan anggota ditugaskan ke bahagian lain iaitu penguatkuasaan dan advokasi.

Majlis terse but menyaksikan seramai 490 peserta program berjaya mendapatkan LMM kategori B2.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan