Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Lee Kim Shin (tengah) merakam kenangan Bergama tetamu dan para pengunjung. Foto: TVS

SEDC dicadang anjur program keusahawanan digital, libat golongan muda

MIRI, 11 Feb: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) dicadangkan untuk menganjurkan pelbagai program melibatkan golongan muda yang berkecimpung dalam bidang keusahawanan digital.

Hasrat itu menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin, Dato Sri Lee Kim Shin, antara usaha memperkasakan ekonomi Sarawak seperti yang diilhamkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Jelas beliau, Sarawak kini lebih memerlukan tenaga kerja yang berkemahiran, berpengetahuan, kreatif dan inovatif bagi mencapai matlamat Sarawak sebagai wilayah yang berpendapatan tinggi.

“Saya berharap SEDC akan terus mengadakan pelbagai program dan bersama-sama memajukan golongan muda-mudi kita yang berminat menjadi usahawan.”

“Kita memberi peluang dan bantu mereka (SEDC) supaya kita boleh mengeluarkan lebih ramai usahawan,” katanya.

Kim Shin yang juga Menteri Pengangkutan Sarawak berkata demikian pada Majlis Perasmian Mini Karnival Usahawan SEDC dan Sara-bif di sini hari ini.

 

Dato Lee (tengah) semasa menerima cenderahati dari Abdul Hadi Abdul Kadir, Pengurus Besar SEDC (tiga dari kiri). Foto: TVS

Dalam pada itu beliau meminta agar SEDC menganjurkan program seperti kursus, ceramah, simposium dan kursus memulakan perniagaan bagi mengurangkan risiko kegagalan dan meningkatkan peluang untuk golongan muda berjaya dalam bidang keusahawanan.

“Kita boleh anjurkan satu seminar perniagaan atau usahawan daripada segi mikro, kecil dan sederhana. Kita adakan satu kursus untuk usahawan yang baharu hendak memulakan perniagaan. 

“Kita mesti memberitahu bukan setiap usahawan itu akan berjaya atau menjadi jutawan, ada kriteria yang perlu buat. Supaya kalau adanya kursus macam ini, ia akan mengurangkan risiko kegagalan. Kita mahu peratus yang berjaya itu meningkat,” ujarnya.

Mini Karnival Usahawan berlangsung selama tiga hari bermula pada 10 hingga 12 Februari bagi mempromosikan dan memasarkan produk-produk keluaran usahawan SEDC serta produk milik PPES Ternak Sdn Bhd iaitu Sara-bif.

Program berkenaan menyediakan pameran dan khidmat nasihat berkaitan usahawan selain beberapa aktiviti tarikan pengunjung seperti pertandingan memasak berasaskan daging Sara-bif, pertandingan karaoke, taklimat usahawan daripada agensi dan demonstrasi masakan dari Chef Muluk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan