Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Nancy Shuri (tengah) melaungkan wanita perkasa bersama Azizul Annuar Adenan (kiri) dan Gustian Durani (2 dari kiri). Foto: TVS

KPWKM mohon peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2023 – Nancy

LUNDU, 11 Feb: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan memohon peruntukan lebih besar dalam Belanjawan 2023 bagi menubuhkan jabatan khusus menjaga kebajikan kanak-kanak.

Inisiatif seterusnya kata Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri untuk mewujudkan pangkalan data berpusat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sekarang ini kita tidak mempunyai data berpusat dan menyukarkan kementerian ini untuk mendapatkan kes atau maklumat yang berlaku melibatkan wanita dan kanak-kanak dengan segera”.

“Walaupun di bawah kementerian yang sama, setiap daerah menyiap fail kes sendiri dan maklumat ini tidak dikongsi bersama secara berpusat dan ini menyukarkan tindakan susulan,” Katanya.

Nancy berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke program Keusahawan Bangkit @ KPWKM di Auditorium Pusat Latihan Bajo, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah (SALCRA) Lundu, hari ini.

Jelasnya penambahan peruntukan menurut Nancy amat diperlukan dalam memperkasakan fungsi kementerian itu selain melakukan penambahbaikan prosedur sedia ada.

“Peningkatan dalam peruntukan pada tahun ini juga penting demi memastikan peningkatan kemahiran penjaga, penyelia dan pegawai akhlak dalam menagani kes melibatkan penderaan dan pengabaian kanak-kanak,” ujarnya lagi.

Pada tahun lalu kementerian itu menerima peruntukan sebanyak RM 3.4 bilion namun menurut Nancy, jumlah tersebut masih tidak mencukupi.

“Sebanyak 70 peratus daripada belanjawan itu digunakan untuk tujuan kebajikan wanita dan kanak-kanak yang mendapatkan perlindungan di bawah kementerian,” jelasnya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu Azizul Annuar Adenan dan Pegawai Daerah Lundu Gustian Durani. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan