Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
GEORGE TOWN, 3 Mei -- Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menyiapkan inovasi suasana sambutan Aidilfitri di kampung dengan menggunakan bahan terpakai di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) di sini hari ini.?Menurut Pembantu Kesihatan Awam Unit Tindakan Khas, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ahmad Nizuan Nordin semua rekaan atau inovasi yang dihasilkan dengan menggunakan bahan yang dikitar semula seperti tayar lama, pelbagai jenis plastik terutamanya botol plastik, kayu, paip, tali, tin, kadbod, palet dan lain-lain.?Tambahnya lagi, inovasi itu direka bagi menyahut seruan kerajaan negeri Pulau Pinang yang menggalakkan program mengurangkan sampah dan memperkasa kegiatan kitar semula sebagai budaya hidup.?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA?

Sarawak Benarkan Sambutan Aidilfitri Hingga Tujuh Syawal

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini memutuskan untuk membenarkan sambutan Aidilfitri selama tujuh hari di negeri itu bermula 1 hingga 7 Syawal dengan kehadiran dihadkan untuk ahli keluarga terdekat sahaja.

JPBN menerusi kenyataan hari ini memaklumkan garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) sambutan Hari Raya secara terperinci boleh didapati di laman rasmi Majlis Islam Sarawak http://www.mis.sarawak.gov.my.

Antara yang dibenarkan adalah solat sunat Aidilfitri di semua masjid, surau, musolla dan premis yang mendapat kebenaran Majlis Islam Sarawak sahaja dan bilangan jemaah dibolehkan adalah berdasarkan had kapasiti ruang keluasan masjid atau surau dengan penjarakan fizikal satu meter.

Selain itu, ziarah Hari Raya pula dibenarkan di zon Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan keluarga terdekat sahaja dengan had pengunjung 50 peratus kapasiti mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.

Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di beberapa kawasan di Sarawak, sembilan lokaliti telah dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama 14 hari iaitu di Rumah (Rh) Tiut anak Usit, Sungai Setulan, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Tatau bermula 28 April hingga 11 Mei.

“Selain itu, Rh. Mujah anak Atin, Batu 12, Jalan Bintulu-Miri, Bintulu (28 April hingga 11 Mei); Rh. Sam anak Sumbang, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (29 April hingga 12 Mei); Rh. Ajah anak Umkar, Sg Serupai Baru, Tatau (29 April hingga 12 Mei); Kuarters Pekerja Forescom Plywood Sdn Bhd, Bintulu (29 April hingga 12 Mei).

“Seterusnya, Rh. Saran anak Belang, Nanga Tau, Tatau (1 hingga 14 Mei); Rh. Nelson anak Gima, Kuala Setiam, Jalan Pesisir Kuala Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei); Rh. Jungan anak Mitoh, Sg Mas KM25, Jalan Bintulu-Tatau, Bintulu (2 hingga 15 Mei); dan Rh. Jembu anak Ensor, Rantau Sukat Roban, Betong (3 hingga 17 Mei),” menurut kenyataan itu.

Dua lagi lokaliti PKPD iaitu Kampung Bungey, Debak di Betong dan Kampung Tanjung, Hulu Saratok pula akan bermula esok hingga 18 Mei.

Kenyataan itu juga menjelaskan PKPD di Rh. Dinggai, Sg Amut Atas Lubok Pisang di Pakan dan Rh. Jawa, Sungai Kerubong Selalang di Sarikei dilanjutkan hingga 12 Mei.

Sarawak hari ini mencatatkan 620 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 64 peratus daripadanya dikesan di daerah Bintulu, Miri, Kapit, Sibu dan Bukit Mabong menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 32,667.

Sementara itu, empat kes kematian baharu melibatkan jangkitan COVID-19 dilaporkan di negeri itu hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 188 orang.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan