Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi, dicalonkan semula GPS di kerusi Parlimen Kapit
Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Foto: TVS

Inisiatif Abang Johari tingkatkan pembabitan semua kaum dalam perkhidmatan awam negeri – Nanta

KUCHING, 10 Feb: Inisiatif Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyaksikan peningkatan jumlah penglibatan semua kaum dalam Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak, kata Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurutnya, hala tuju Premier Sarawak dalam sistem pengambilan pekerja dengan memegang falsafah bahawa mereka yang mempunyai merit akan diberi peluang, patut dijadikan panduan bagi memastikan peluang yang adil kepada semua.

Baru-baru ini, Abang Johari mencadangkan penambahbaikan skim gaji penjawat awam Sarawak.

“Usaha ini dilihat berupaya menarik minat lebih ramai rakyat di negeri ini, bukan sahaja kaum Cina malah, kaum-kaum yang lain untuk menyertai perkhidmatan awam negeri,” katanya menerusi catatan di Facebooknya, hari ini.

Nanta yang juga Menteri Kerja Raya turut mengesyorkan supaya kerajaan Sarawak mewujudkan sistem kuota di peringkat pengambilan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan