Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerja penurapan jalan Kampung Nanga Semah dan Penasu kini memasuki fasa terakhir dan dijangka siap sepenuhnya April tahun ini. Foto: FB DUN N.43 Daro

Jalan Penasu Nanga Semah dijangka siap April ini

DARO, 10 Feb: Projek pembinaan jalan raya Kampung Penasu dan Nanga Semah sepanjang 10.4 kilometer di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro yang kini memasuki fasa terakhir bakal memberi sinar baharu kepada penduduk di kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata projek yang bernilai RM35.8 juta bukan hanya memudahkan perhubungan penduduk tetapi juga dijangka meningkatkan sosio dan ekonomi mereka.

Usaha itu katanya, merupakan sebahagian kesungguhan kerajaan Sarawak membela nasib rakyat luar bandar di samping memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Projek sedang rancak dilaksanakan. Berdasarkan kemajuan setakat ini, saya yakin pembinaan jalan ini berakhir April ini. Sehubungan itu, saya berharap kerja-kerja yang sudah memasuki fasa terakhir ini berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi TVS pada Khamis.

Beliau berkata, jalan itu bakal memberi sinar baharu kepada penduduk kedua-dua kampung yang sebelum ini hanya bergantung kepada sungai.

Malah ujarnya, ia juga membolehkan penduduk membuka tanah-tanah baharu sekali gus merancakkan lagi sumber ekonomi mereka yang sebahagian besarnya golongan petani.

“Saya mewakili rakyat kawasan ini ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang meluluskan peruntukan bagi pelaksanaan projek ini,” katanya lagi.

Safiee turut optimis kerajaan akan meneruskan pembinaannya bagi memastikan laluan itu dapat dihubungkan dengan jalan utama termasuk Pan Borneo yang sedang rancak dilaksanakan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan