Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan tinju Sarawak diketuai Kilat Boy yang cemerlang pada SUKMA tahun lepas turut menerima bonus disampaikan Kerajaan Sarawak hari ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sarawak beri ganjaran lebih RM700 ribu kepada atlet cemerlangnya

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 9 Feb: Kerajaan Sarawak menyerahkan insentif keseluruhan berjumlah kepada RM710 250 kepada atletnya yang cemerlang pada empat temasya sukan utama yang berlangsung tahun lepas.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ‘bonus’ yang diberikan itu merupakan penghargaan kerajaan negeri kepada atlet yang telah berjuang mengharumkan nama Sarawak dan Malaysia pada tahun lepas.

Kata Abang Johari, Kerajaan Sarawak berharap insentif berkenaan akan memberi motivasi kepada atlet Bumi Kenyalang supaya menampilkan aksi terbaik mereka setiap kali bertanding malah tidak mustahil akan melahirkan lebih banyak atlet bertaraf Olimpik.

“Kalau New Zealand mempunyai 20 atlet Olimpik, Sarawak mesti mempunyai 10 atlet Olimpik.

“Ini kerana kita mempunyai populasi generasi muda yang ramai dan kita mesti berikan latihan terbaik agar bukan sahaja mampu menjadi juara SUKMA tetapi hasrat kita ialah untuk menjadi juara Olimpik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif SUKMA XX, MSN 2022, Sukan Sea 2021, Sukan Komanwel 2022 dan Sukan PARA Asean 2022 di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Dato Gerald Rentap Jabu.

Pada majlis berkenaan, Abang Johari menyampaikan insentif keseluruhan berjumlah RM510 250 kepada atlet Bumi Kenyalang yang telah menyumbang pingat untuk Sarawak pada SUKMA tahun lepas melibatkan 27 kategori sukan.

Sebanyak RM68,000 insentif kemenangan juga diserahkan kepada atlet Sarawak yang mewakili negara dan meraih pingat pada Sukan Sea 2021.

Sementara itu, penghargaan berjumlah  RM23 000 turut diserahkan kepada atlet Sarawak yang meraih kejayaan pada Sukan Komanwel, Birmingham.

Atlet Sukan PARA ASEAN 2022 yang berjaya temasya berkenaan turut meraih durian runtuh sebanyak RM109 000. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan