Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang dipercayai membaling bom buatan sendiri ke arah sebuah bank di Sibu malam tadi berjaya ditahan kurang dua jam selepas kejadian. Foto IPD Sibu.

Penganggur baling molotov cocktail ke arah bank di Sibu direman

SIBU, 9 Feb: Seorang penganggur ditahan polis bagi membantu siasatan kes membaling molotov cocktail ke pintu hadapan sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang memaklumkan berlaku satu letupan kecil di luar premis itu pada pukul 9.40 malam tadi.

Katanya, sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Sibu bergegas ke lokasi kejadian dan menemui serpihan kaca dan kain yang dipercayai digunakan oleh suspek untuk melakukan perbuatan khianat itu,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Zulkipli memberitahu, perbuatan suspek itu bagaimanapun hanya mengakibatkan kerosakan kecil pada pintu kaca bank itu.

Katanya, suspek lelaki berusia 36 tahun berjaya dikenal pasti berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan diberkas di sebuah rumah di Jalan Belian pada pukul 10.56 malam tadi.

“Semakan mendapati suspek mempunyai beberapa rekod jenayah lampau dan direman hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Difahamkan suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan bank berkenaan kerana mendapati wang dalam akaunnya berkurangan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan