Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Reuters

Gempa bumi: Angka korban di Turkiye sudah melepasi 12,000 orang – Agensi

ByBernama

WASHINGTON, 9 Feb: Jumlah korban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda  selatan Türkiye sudah melepasi 12,000, lapor Agensi Anadolu memetik sebuah agensi kerajaan pada Khamis.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana (AFAD) Türkiye seramai 12,391 orang terbunuh manakala 62,914 yang lain cedera dalam gempa bumi yang berlaku pada Isnin dan berpusat di wilayah Kahramanmaras.

Wilayah lain di selatan dan timur Türkiye yang turut terjejas ialah Gaziantep, Hatay, Osmaniye, Adiyaman, Malatya, Sanliurfa, Adana, Diyarbakir dan Kilis.

Lebih 6,000 bangunan runtuh dalam gempa bumi berukuran 7.7 dan 7.6 pada skala Richter itu.

“Kami telah menggerakkan semua sumber yang ada. Negeri ini bekerjasama dengan majlis perbandaran terutamanya AFAD,” kata Presiden Recep Tayyip Erdogan ketika meninjau misi bantuan di Kahramanmaras pada Rabu.

Lebih 13 juta orang turut terjejas akibat gempa bumi itu.

Sementara itu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan akan menyampaikan bantuan kilat awal minggu depan untuk menyokong keperluan kemanusiaan di Turkiye, kata Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres selepas menandatangani buku takziah di Rumah Turki di New York pada Rabu.

Guterres bertemu dengan Duta Turki ke PBB Feridun Sinirlioglu bagi menyampaikan ucapan takziah.

Beliau berkata PBB juga telah menghantar ketua bantuan kecemasan Martin Griffiths ke Turkiye.

”Martin Griffiths berada di Gaziantep. Beliau juga akan ke Aleppo dan kami cuba sebaik mungkin untuk menggerakkan bantuan PBB,” kata Guterres. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan