Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pesawat Susi Air bernombor pendaftaran PK-BVY, dibakar oleh Kumpulan Pengganas Pemisah Papua atau Kelompok Separatis Teroris (KST), dan kesemua penumpang telah diculik. Foto: Susi Air

Pesawat Susi Air dibakar, penumpang jadi tebusan di Papua

JAKARTA, 07 Feb: Sebuah pesawat Susi Air dibakar oleh kumpulan pengganas pemisah Papua iaitu Kelompok Separatis Teroris (KST) di sini manakala kesemua penumpang serta anak kapal telah diculik.

Pesawat bernombor pendaftaran PK-BVY itu difahamkan terbang dari Mimima ke daerah Paro pada pukul 6.26 waktu tempatan dan mendarat di lapangan terbang di daerah Paro, Kabupaten Nduga, Pegunungan Papua.

Sejurus mendarat, pasukan KST menyerang pesawat terbabit dan menculik seorang juruterbang yang berasal dari New Zealand serta lima penumpang lain sebagai tebusan.

Menurut jurucakap polis wilayah Papua, Kombes Ignatius Benny Ady Prabowo, pihaknya menerima laporan daripada Susi Air susulan kejadian dan segera menggerakkan misi menyelamat.

“Ketika ini aparat gabungan TNI-Polri yang menganggotai Operasi Aman Carstensz, anggota Polis Nduga, dan TNI telah bertindak mencari juruterbang dan semua penumpang dalam pesawat itu,” katanya.

Beliau menambah, penculikan itu turut disahkan dan diakui KST berdasarkan mesej yang diterimanya kerana pesawat itu memasuki wilayah mereka.

KST merupakan kumpulan pemisah yang menggelarkan dirinya sebagai Pertubuhan Papua Merdeka (OPM) yang menuntut kemerdekaan dan pemisahan daripada Indonesia.

Mereka telah mengemukakan tuntutan kepada kerajaan Indonesia untuk menghentikan aktiviti kemasukan ke wilayah Papua bagi membebaskan semua tebusan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan