Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee. Foto: UKAS (FB)

Rakyat meraikan perayaan bersama, serlah keharmonian Sarawak

BySalasiah Safian

KUCHING, 07 Feb: Kemeriahan setiap perayaan yang diraikan oleh rakyat Sarawak menyerlahkan lagi keharmonian negeri ini, kata Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Operasi) Datu Hii Chang Kee.

Menurutnya dapat disaksikan bahawa setiap perayaan yang ada akan diraikan masyarakat bersama-sama tanpa mengira latar belakang masing-masing.

“Kita sedia maklum, setiap tahun apabila tiba apa juga musim perayaan, suasana kemeriahan ini jelas dirasai. Bukan sahaja oleh kaum tertentu yang meraikan perayaan (kaum mereka) tetapi juga pelbagai kaum lain juga meraikannya di negeri Sarawak”.

“Meskipun wujud pelbagai kepercayaan dan anutan agama masing-masing, namun sikap toleransi, perpaduan dan kerjasama antara kaum di Sarawak masih kukuh bagi membolehkan kita merayakan sesuatu perayaan itu dengan penuh kegembiraan tanpa perlu rasa bimbang ataupun wasangka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina dan Chap Goh Mei Jabatan Premier Sarawak di Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, di sini, hari ini.

Dalam pada itu tambahnya, setiap penjawat awam harus merebut peluang dan berganding bahu untuk menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Warga Perkhidmatan Awam Sarawak (SCS) tegasnya perlu berkhidmat lebih baik demi Sarawak mencapai kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran mampan yang merupakan tiga tonggak Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030. – TVS

Berita Berkaitan

BySalasiah Safian-

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

BySalasiah Safian-