Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pengangkutan, Dato Sri Lee Kim Shin. Foto: TVS

Sarawak terima keputusan AirAsia gantung penerbangan Pulau Pinang – Kuching

ByRegina Lee

KUCHING, 7 Feb: AirAsia Berhad mengadakan taklimat ringkas bersama kerajaan Sarawak hari ini susulan penerbangan terus bagi laluan Pulau Pinang-Kuching bakal digantung berkuatkuasa pada 1 Mac ini.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Pegawai Perhubungan Kerajaan Airasia Berhad yang berpangkalan di Sarawak, Hamdan Mohamad kepada Menteri Pengangkutan Sarawak (MOTS), Dato Sri Lee Kim Shin, di sini, hari ini.

Menurut Kim Shin, Sarawak menerima keputusan yang dibuat oleh pengurusan Airasia Berhad itu terutamanya berhubung perkara separuh daripada pesawat tambang murah itu sedang dijadualkan untuk penyelenggaraan.

“Penjadualan semula penerbangan tidak dapat dielakkan dalam industri penerbangan untuk pelbagai keadaan operasi,” katanya.

Bagaimanapun, Kim Shin menegaskan syarikat penerbangan itu bertanggungjawab untuk memberikan notis yang mencukupi serta menyediakan penerbangan alternatif yang tersedia atau bayaran balik penuh kepada penumpang yang terjejas.

Beliau memberitahu penerbangan terus Pulau Pinang-Kuching kini hanya dikendalikan Firefly Sdn Bhd dengan kekerapan penerbangan dua kali sehari.

“Penumpang juga boleh memilih untuk menggunakan penerbangan Firefly sekiranya mereka berpendapat perjalanan dengan AirAsia dari Pulau Pinang ke Kuching terlalu jauh,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan penumpang yang terjejas supaya membuat aduan lanjut kepada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) untuk pembangunan penerbangan di Malaysia jika mereka menghadapi masalah untuk mendapatkan kembali tiket penerbangan mereka melalui pautan laman web https://flysmart.my/en/make-a-complaint/.

Sementara menurut Hamdan, pengurusan AirAsia Berhad telah membuat keputusan untuk menggantung operasi penerbangan terus Pulau Pinang-Kuching yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 2023 seterusnya penerbangan akan diselaraskan semula dengan persinggahan atau ‘fly-thru’ Kuala Lumpur sebelum terbang ke Kuching dan sebaliknya.

“Penumpang yang terjejas oleh penjajaran semula dan telah menempah tiket penerbangan mereka lebih awal mempunyai tiga pilihan iaitu mereka boleh memilih untuk mengambil pertukaran penerbangan percuma mengikut laluan baharu melalui Kuala Lumpur atau mendapatkan bayaran balik tiket penerbangan mereka dengan kredit dalam akaun AirAsia mereka atau mendapatkan bayaran balik secara tunai dikreditkan terus ke akaun bank mereka,” jelasnya.

Hadir sama Ketua Penerbangan MOTS, Zulkarnain Rosli. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan