Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi. Foto: TVS

Penubuhan IPTA di Sri Aman bantu kembangkan ekonomi masyarakat setempat

ByDiana Jayaseelan

KUCHING, 7 Feb: Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Bandar Simanggang, Sri Aman mampu mengembangkan ekonomi masyarakat setempat.

Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, apabila fokus pembangunan pendidikan dalam kalangan generasi muda dapat ditingkatkan di bahagian itu, Sri Aman akan berpeluang mengalami kemajuan ekonomi selari dengan bahagian lain di Sarawak seperti Kuching, Kota Samarahan dan  Miri.

“Jadi apabila ada idea atau cadangan untuk membina sebuah IPTA sama ada Kolej atau Kolej Komuniti, ini akan memberi impak kepada masyarakat tempatan di Sri Aman yang mempunyai 70,000 penduduk, sudah tentu anak-anak muda di Sri Aman berpeluang menimba ilmu dan bekerja di sebuah institusi tidak kira sub kontraktor, keusahawanan, kafe dan sebagainya.

“Penubuhan IPTA ini akan membolehkan pembangunan perumahan atau tempat tinggal untuk staf dan pelajar, jadi fenomena ini mampu menaikkan harga pasaran di Sri Aman,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Awang Azman berkata, IPTA yang dicadangkan mesti lebih berorientasikan dengan sumber alam Sri Aman. memandangkan sumber ekonomi utama Sri Aman ialah sektor perkayuan, kelapa sawit, getah, lada dan sebaganyai yang harus dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

“Oleh itu, pengenalan terhadap jurusan pertanian, teknologi pertanian dan keusahawanan amat penting supaya pelajar-pelajar terutamanya yang berasal dari Sri Aman mampu melatih anak-anak muda setempat untuk menerajui sektor ekonomi tempatan di masa hadapan.

Timbalan Menteri Pembangunan Bakat, Datuk Francis Harden Hollis menyatakan penubuhan IPTA itu sangat diperlukan bagi membolehkan anak-anak Simanggang melanjutkan pelajaran mereka tanpa perlu keluar jauh dari bandar tersebut.

Beliau menjelaskan bahawa bidang pendidikan merupakan asas utama pembangunan dan kegemilangan sesebuah negara. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan