Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman, hari ini. Foto: Jabatan Premier Sarawak

Premier terima kunjungan hormat daripada Pengerusi Shell Malaysia

ByRegina Lee

KUCHING, 7 Feb: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi Shell Malaysia yang baharu dilantik, Siti Hurrairah Sulaiman di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya di sini, hari ini.

Kunjungan sulung itu, bertujuan bagi mengemaskini perkembangan perniagaan dan operasi Shell kepada Premier Sarawak sejak ibu pejabat syarikat itu berpindah dari Kuala Lumpur ke Miri baru-baru ini.

Foto: Jabatan Premier Sarawak

Siti, anak jati Kuching merupakan wanita pertama yang dilantik sebagai Pengerusi Negara Shell Malaysia berkuat kuasa 1 Januari 2023.

Beliau merupakan seorang pemegang biasiswa Shell yang lulus dengan ijazah kelas pertama dalam bidang kejuruteraan mekanikal dari Imperial College di London.

Memulakan kerjaya sebagai Jurutera Operasi di Bahagian Huluan Shell Malaysia, Siti kemudiannya memegang pelbagai jawatan tinggi di Shell sebelum dilantik menerajui Shell Malaysia.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Petroleum Sarawak Bhd, Janin Giri. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan