Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Henry Sum Agong menyifatkan pengurangan elaun pembangunan sebagai satu cabaran besar. Foto: TVS

Pengurangan peruntukan cabaran untuk kawasan Parlimen luas – Henry Sum

LAWAS, 6 Feb: Ahli Parlimen Lawas, Datuk Henry Sum Agong menyifatkan pengurangan elaun pembangunan sebagai satu cabaran besar kepadanya dan rakan Ahli Parlimen lain di kawasan pedalaman.

Susulan itu, beliau mengesyorkan agar pengurangan itu perlu diteliti mengikut kawasan Parlimen.

“Kita berharap kerajaan Persekutuan lebih realistik tentang perkara ini kerana bagi kami Ahli Parlimen yang memiliki kawasan yang luas seperti Kapit, Baram, Lawas dan kawasan lain memang mencabar,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini pada Ahad.

Jumaat lepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan peruntukan pembangunan tahunan kepada Ahli Parlimen dikurangkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat sebagai langkah mengawal aliran kewangan negara.

Peruntukan dikurangkan daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Henry turut mengulas mengenai pengumuman kerajaan tentang Pakej Perpaduan Jalur Lebar Tetap dengan harga lebih rendah, bagi membantu golongan B40, veteran, orang kelainan upaya (OKU) serta warga emas ia dilihat satu usaha baik.

Perkhidmatan itu disediakan dengan kelajuan 30 Mbps bersama data tanpa had dengan caj hanya RM69 sebulan, serta kontrak langganan selama 24 bulan.

Bagaimanapun, beliau berharap pihak kementerian berkenaan meneliti fakta tentang kesukaran mendapatkan perkhidmatan Internet di luar bandar Sarawak.

“Ini memang baiklah, tetapi apa gunanya jika di Sarawak ini yang masih berdepan masalah Internet khususnya di Lawas. Kita harap agar pihak kementerian ini tingkatkan perkhidmatan Internet dan telekomunikasi terlebih dahulu dan barulah memanjangkannya untuk dijadikan satu dasar yang membantu rakyat,” jelasnya.

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan Pelan Data Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih pada harga dua kali ganda lebih murah iaitu RM5 sebulan dan tiga kali lebih pantas, yang berada di pasaran mulai Februari.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan