Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi dan ADUN Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing mengadakan lawatan ke tapak projek di Sungai Sian. Foto: UKAS

Masalah tekanan air rendah Sungai Sian berakhir Jun ini

BINTANGOR, 5 Feb: Masalah tekanan air rendah yang dialami penduduk Sungai Sian bakal berakhir apabila projek baik pulih saluran paip dasar sungai siap sepenuhnya Jun ini.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata, masalah tekanan air rendah yang kerap berlaku di kawasan itu dikenal pasti berpunca daripada paip dasar sungai yang terputus.

Katanya, projek itu dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak.

“Ini merupakan kesungguhan usaha kerajaan dalam menampung permintaan bekalan air yang semakin meningkat di kawasan Sungai Sian dan kawasan sekitarnya,” katanya ketika meninjau ke Loji Rawatan Air Sungai Sian, hari ini.

Beliau berkata, skop projek itu melibatkan kerja-kerja baik pulih saluran paip dasar sungai, pemasangan balas, ujian, pentauliahan dan pelancaran bekalan paip ke Tangki Aras Tinggi Bukit Papit.

Bagi menjamin kualiti bekalan air yang lebih baik dan berterusan di kawasan Sungai Sian pula, Julaihi menambah JBALB Sarawak akan memastikan projek yang kini dalam peringkat pelaksanaan akan disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan sekali gus menyelesaikan isu bekalan air secara efektif dan menyeluruh. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan