Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi berbincang mengenai masalah bekalan air di Tanjong Manis semasa mengadakan lawatan ke Tapak Projek di Sibu dan Tanjong Manis semalam. Foto: TVS

Kemelut bekalan air di Tanjong Manis selesai hujung tahun ini

TANJONG MANIS, 5 Feb: Kemelut bekalan air bersih Tanjong Manis bakal selesai tidak lama lagi, apabila Projek Bekalan Air Tanjong Manis dijangka beroperasi pada suku ketiga tahun ini.

Ketika ini, Lembaga Air Sibu (SWB) sedang menjalankan kerja-kerja pemulihan fasiliti sedia ada termasuk saluran paip, stesen penggalak dan loji rawatan air serta pengujian sebelum ia ditauliahkan.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata, kerajaan juga melaksanakan tujuh pakej projek termasuk pakej enam yang merangkumi baik pulih loji rawatan air di Tanjong Manis.

“Bekalan air bersih Tanjong Manis mempunyai beberapa peringkat iaitu beberapa pakej. Jadi, pakej satu adalah yang kita lawat tadi melibatkan saluran untuk kolam air yang panjangnya 750 meter lalu bukaannya 50 meter untuk membawa air takungan yang diperlukan untuk menjadi sumber bahan iaitu sumber air mentah untuk kawasan ini. Kita perlu membuat pengujian sebelum ia ditauliahkan,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Projek di Sibu dan Tanjong Manis semalam.

Beliau berkata, projek itu tidak hanya meliputi kerja baik pulih tetapi juga memperbetulkan beberapa komponen penting, malah ada yang perlu diganti baharu.

“Terutama sekali di pakej enam tadi iaitu, Loji Rawatan Air Tanjong Manis di mana kita perlu menggantikan beberapa komponen seperti air yang lama tidak digunakan, perlu digantikan dengan komponen-komponen baharu. Sekiranya pengujian dan pentauliahan itu siap sepenuhnya, kita akan dapat membekalkan air, memproses air mentah dan kita proses menjadi air terawat,” katanya lagi.

Beliau berkata, setakat ini pelaksanaan projek terbabit berjalan lancar walaupun sebelum ini, sedikit tertangguh akibat penularan wabak COVID-19.

Malah beliau optimis usaha itu tidak berdepan banyak masalah dan berharap operasi bekalan air berjalan mengikut perancangan.

“Kita juga mempunyai bekalan daripada Sarikei iaitu Loji Rawatan Air Bayong. Sekarang kapasitinya ialah 70 MDL dan kita akan tambah 30 MDL lagi, maknanya Loji Rawatan Air Bayong akan mempunyai  kapasiti 100 MDL, air yang disalurkan dari Loji Rawatan Air Bayong tetap kita akan bawakan ke kawasan  Stesen Buster Rawatan Air Sekumang untuk membolehkan air itu sampai di kawasan Tanjong Manis termasuk di kawasan Belawai. Apabila bekalan air bersih Tanjong Manis ini siap sepenuhnya, ia masih juga meneruskan bekalan kepada Tanjong Manis hingga ke Bruit dan sebagainya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan