Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Matthew Dominic Barin menyampaikan hadiah berupa hamper kepada pemenang bagi Pertandingan Makanan Sihat antara pelajar dan kakitangan Kolej Universiti i-Cats semasa Majlis Penutupan Program di Mydin Vista Tunku pada petang semalam. Foto: TVS

Kolej Universiti i-Cats anjur Program Cabaran Interaktif Pengguna Digital

KUCHING, 5 Feb: Penggunaan digital pada era kini semakin berleluasa dalam semua aspek kehidupan manusia yang boleh membawa kepada hasil positif atau sebaliknya.

Sehubungan itu, Kelab Gerakan Penggunan Siswa Kolej Universiti i-Cats telah bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak menganjurkan Program Cabaran Interaktif Pengguna Digital dalam usaha untuk mencegah penyalahgunaan digital sekali gus mewujudkan kesedaran dalam kalangan para pelajar.

Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak, Matthew Dominic Barin berkata, penubuhan gerakan pengguna siswa di setiap universiti serba sedikit mampu membantu memberi kesedaran dan maklumat secara bersemuka kepada para pelajar.

Matthew Dominic Barin bergambar bersama pelajar dan kakitangan Kolej Universiti i-Cats selepas Majlis Penutupan Program di Mydin Vista Tunku petang semalam. Foto: TVS

“Kita telah mengadakan beberapa aktiviti berkaitan bahaya penyalahgunaan digital atau mendedahkan tentang bagaimana pengguna bijak menggunakan media massa ataupun aplikasi atas talian supaya mereka tidak ditipu. Hal ini kerana kes penipuan dalam talian terlalu banyak dan kita mendedahkannya kepada golongan penggguna siswa iaitu kita telah menubuhkan Kelab Gerakan Penggunan Siswa Kolej Universiti i-Cats.

“Kita akan mengawal segala aktiviti yang dilakukan dan bekerjasama dengan pihak universiti untuk melaksanakan aktiviti. Kita akan menyedarkan, mengajar dan mebimbing mereka supaya mereka menjadi pengguna yang bijak,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Program di Mydin Vista Tunku pada petang semalam.

Sementara itu, Penganjur Program, Nur Suriayanti Gadiman memberitahu program tersebut merupakan salah satu usaha bagi meningkatkan keupayaan dalam dunia digital terutama dalam kalangan para pelajar selaras dengan objektif Kerajaan Sarawak dalam penggunaan digital.

“Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna khususnya pelajar bahawa pentingnya fungsi e-dagang yang dapat memudahkan urusan pembayaran. Maklumat juga akan disampaikan bagaimana agensi seperti KPDN membantu pengguna sekiranya berlaku isu-isu seperti isu hak kepenggunaan dalam platform e-dagang. Kerajaan Sarawak mempunyai peranan lebih kepada penggunaan digital bagi memudahkan para pelajar khususnya,” katanya lagi.

Antara aktiviti yang telah diadakan ialah Seminar Platform E-Dagang oleh pihak KPDN Sarawak dan Pertandingan Makanan Sihat antara pelajar dan kakitangan Kolej Universiti i-Cats. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan