Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini. Foto: Facebook rasmi Sultan Ibrahim

Sultan Johor berkenan berkunjung ke kediaman rasmi Perdana Menteri

ByBernama

OHOR BAHRU, 4 Feb: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan berangkat mengunjungi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Seri Perdana, Putrajaya hari ini.

Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim, dengan beberapa foto turut dikongsi di platform media sosial itu.

Sultan Ibrahim turut memaklumkan bahawa kunjungan tersebut adalah  bagi memenuhi undangan Perdana Menteri ke-10 itu.

Pada pertemuan itu, Anwar turut mempersembahkan taklimat kepada baginda berhubung lawatan kerja beliau ke Singapura, pada Isnin (30 Jan) lepas.

Pada sesi lawatan Ahad lepas, Anwar telah membuat kunjungan hormat ke atas Presiden Singapura Halimah Yacob selain mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya Lee Hsien Loong. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan