Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Julaihi Narawi mengadakan tinjauan ke Loji Air Mentah Sungai Sadip Sibu sambil ditemani Yusuf dan Len Latif. Foto: TVS

Langkah bersepadu atasi masalah bekalan air bersih Tanjong Manis

SIBU, 4 Feb: Sejumlah RM17 juta diperuntukan untuk mengatasi kemelut bekalan air yang membelenggu penduduk Tanjong Manis dan kawasan sekitarnya.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi mengumumkan peruntukan tersebut merangkumi tujuh pakej projek termasuk pakej enam yang merangkumi baik pulih Loji Rawatan Air Tanjong Manis.

Setelah kesemua projek terbabit siap kelak, Julaihi berharap ia dapat menyelesaikan permasalahan sedia ada di sini.

“Projek ini tidak hanya meliputi kerja baik pulih tetapi juga membaiki beberapa bahagian komponen penting. Tidak hanya itu, ada komponen lama yang perlu diganti baru”.

“Kita perlu memastikan semua komponen ini dapat berfungsi dengan baik terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke tapak projek di Sibu dan Tanjong Manis, hari ini.

Julaihi menambah, setakat ini pelaksanaan projek terbabit berjalan lancar walaupun sebelum ini tertangguh akibat penularan wabak Covid-19.

Katanya, perancangan untuk menyalurkan bekalan air akan lebih lancar apabila Loji Rawatan Air Pakej Enam pulih sepenuhnya.

“Saya juga percaya usaha kita tidak berdepan dengan banyak masalah dan kita berharap operasi bekalan air berjalan mengikut perancangan”.

“Selain bekalan Loji Rawatan Air Bayong yang masih juga menyalurkan bekalan air ke kawasan itu, maknanya kita ada dua sumber sebagai alternatif,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau juga berharap usaha bersepadu kerajaan ini akan mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada penduduk Tanjong Manis tetapi juga akan meliputi kawasan berhampiran termasuk Pulau Bruit.

Turut hadir Timbalan Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh dan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan