Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Len Talif Salleh berbincang dengan juru perunding, kontraktor, ketua masyarakat bahagian Sarikei dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Muttaqin, Sarikei semalam. Foto: TVS

Naik taraf Masjid Al-Muttaqin di Sarikei dijangka siap ikut jadual

SARIKEI, 4 Feb: Projek menaik taraf  Masjid Al-Muttaqin Sarikei yang bernilai RM9.5 juta dijangka siap sepenuhnya mengikut tempoh jadual yang telah ditetapkan, kata Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh.

Beliau memberi jaminan sedemikian susulan menerima rungutan penduduk setempat berhubung berlaku kelewatan pelaksanaan projek disebabkan kerja pembinaan tertangguh akibat wabak Covid-19 sebelum ini.

Sehubungan itu, Len menggesa kerjasama semua pihak agar projek itu berjalan dengan lancar selepas menerima penjelasan daripada pihak juru perunding dan kontraktor projek terbabit.

“Kita mendengar rungutan daripada rakyat Sarikei ini kerana nampaknya persepsi mereka tidak ada pembangunan yang diaksanakan.”

“Kita sudah memberi dan menerima penjelasan daripada pihak juru perunding dan juga kontraktor di mana masjid ini akan siap mengikut jadual. Jadi, kita memberi jaminan kepada rakyat Sarikei ini supaya untuk bersabar dan bersama-sama berdoa supaya projek pembangunan masjid ini berjalan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Masjid Al-Muttaqin, Sarikei bersama juru perunding, kontraktor, ketua masyarakat bahagian Sarikei dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Masjid, pada Jumaat.

Len memberitahu sekiranyaa siap projek itu kelak, masjid berkenaan dijangka dapat memuatkan kira-kira 1,500 hingga 2,000 jemaah pada satu masa, sekali gus menjadi masjid terbesar di bahagian Sarikei.

Menurutnya, sebelum ini, masjid yang mula dibina pada tahun 1983 itu hanya memuatkan jemaah sehingga 1,000 orang jemaah pada satu masa.

“Dalam masa yang sama, saya akan memohon baki yang telah diluluskan sebelum ini iaitu RM 4.5 juta untuk disegerakan dan diberikan kepada  Lembaga Amanah Kebajikan Islam (Lakisri) Sarikei supaya kita dapat mempercepatkan lagi”.

“Hal ini kerana kita melihat dari segi kaedah yang kita gunakan sekarang ini ada masalah dari segi pembayarannya. Oleh sebab itu, saya akan menulis surat kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg supaya baki peruntukan ini disalurkan terus kepada Lakisri,” katanya lagi.

Terdahulu, mesyuarat berkenaan bertujuan untuk mengemaskini maklumat daripada pihak konsultan dan kontraktor mengenai status perlaksanaan kerja membaik pulih masjid tersebut.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan