Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 24 Mei -- Keluarga Dayang Hadijah Abang Bohari, 72, (duduk, kiri) beramah mesra dengan keluarga adiknya, Dayang Zairah, melalui paparan tanpa wayar aplikasi ‘Zoom Meeting’ di skrin televisyen di rumah mereka di Taman Sumber Alam Sanctuary, hari ini.
Perayaan Aidilfitri tahun ini disambut dalam suasana norma baharu susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun masyarakat Islam tetap meraikannya bersama keluarga dengan penuh kesyukuran. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ziarah Menziarahi Dibenar, Hanya Keluarga Terdekat

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Tiada halangan untuk umat Islam di Sarawak menyambut Hari Raya Aidilfitri namun ia mesti melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja, kata Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

“Sambut hari raya dibenarkan namun tiada rumah terbuka dengan bilangan yang hadir separuh daripada kapasiti rumah.

“Jangan melanggar peraturan yang ditetapkan dan hanya ahli keluarga terdekat sahaja dibenarkan untuk berkunjung,” katanya ketika ditemui pada Program Jerayawara Bubur Lambuk Saberkas Cawangan Pantai Damai di Kampung Rampangi Fasa 1.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, sambutan hari raya yang dibenarkan di Sarawak adalah dari hari pertama hingga hari ketujuh.

Sementara itu menurutnya, ziarah tanah perkuburan pula adalah tidak digalakkan semasa hari raya Aidilfitri.

“Kalau hendak menzirahi kubur, hendaklah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Ia termasuklah bilangan individu yang menziarah tidak melebihi lima orang dalam satu-satu masa selain tidak melebihi 20 minit,” tambahnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan