Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan kerajaan telah menjalankan pelbagai program intervensi bagi menjaga pendapatan pekebun getah di seluruh negara susulan kejatuhan harga komoditi berkenaan. Foto: Envato.

Tuaian rendah, dagangan pasaran getah dijangka kukuh minggu depan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 4 Feb: Pasaran getah Malaysia dijangka menyaksikan harga serta permintaan lebih mengukuh minggu depan berikutan hasil tuaian yang lebih rendah, kata pakar industri.

Mantan Presiden Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia, Denis Low berkata, keadaan itu lazimnya berlaku menjelang musim luruhan daun getah yang sebaliknya lebih awal iaitu mulai akhir Februari hingga penghujung April.

Menurutnya, ketidaktentuan akibat pengeluaran hasil berkaitan lateks itu berkemungkinan memberi kesan sebanyak 40-50 peratus.

“Ketidakpastian akibat faktor luruhan daun yang berselang-seli dan bukannya secara menyeluruh akibat perubahan iklim, juga mungkin memberi impak negatif ke atas bekalan yang menjadikan harga tidak menentu,” katanya kepada Bernama.

Malah, Low berkata, perubahan iklim serta tempoh monsun akan meningkatkan lagi risiko penyakit seperti Pestalotiopsis atau penyakit luruhan daun pokok getah ketika hujan lebat.

Penyakit itu menyebabkan daun getah kuning dan luruh yang merendahkan lagi hasil tuaian lateks.

Faktor cuaca juga menyebabkan pengeluaran hasil getah terjejas, sekali gus meningkatkan harganya, kata Low.

Bagi minggu yang baru berakhir, pasaran getah menyaksikan dagangan bercampur-campur seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, aliran pergerakan harga minyak, keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan sentimen positif daripada prestasi ekonomi China yang kian baik.

Bagi perbandingan mingguan, harga rujukan fizikal Lembaga Getah Malaysia (LGM) bagi Getah Mutu Malaysia atau SMR 20 turun 0.51 peratus atau 30.5 sen kepada 594.50 sen sekilogram daripada 625 sen sekilogram pada Jumaat lepas manakala lateks pukal naik 2.33 peratus atau 12.5 sen kepada 549 sen daripada 536.5 sen sekilogram, sebelum ini.

Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup pada 1 Februari 2023 sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan dan akan turut ditutup pada Isnin, 6 Februari 2023 sebagai cuti ganti Thaipusam Ahad ini.

Operasi pasaran akan disambung semula pada 7 Februari 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan