Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuarters lama kerajaan berhampiran Pejabat Pos Balingian yang tidak berpenghuni dan terbiar lebih 10 tahun musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. Foto: BBP Mukah

Kuarters lama tanpa penghuni musnah terbakar

MUKAH, 4 Feb: Sebuah kuarters lama Jabatan Pertanian tanpa penghuni yang terletak berhampiran Pejabat Pos Balingian di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira 53 kilometer dari balai sejurus menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 4.02 pagi.

“Kuarters milik kerajaan yang terbakar itu sudah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni sejak lebih 10 tahun lalu.

“Api berjaya dikawal pada jam 4.20 pagi dan kebakaran itu memusnahkan 100 peratus bangunan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Pasukan Bomba Sukarelawan (PBS) Balingian seramai 10 orang yang telah tiba awal di lokasi kejadian membuat pemadaman menggunakan satu unit pam angkut, satu aliran 200 kaki air daripada pili bomba.

“Pasukan BBP Mukah dengan kekuatan sembilan anggota kemudian membuat kerja-kerja overhaul bersama PBS Balingian sehingga selesai, operasi pemadaman ditamatkan pada jam 5.42 pagi.

“Kebakaran tersebut tiada melibatkan sebarang kecederaan dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” tambahnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan