Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Solat Sunat Aidilfitri Dibenarkan Tahun Ini

ByEekbal Yusuf

KUCHING: Solat sunat Aidilfitri dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau seluruh negeri pada tahun ini.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia merupakan berita gembira kepada umat Islam di negeri ini selepas solat tersebut tidak dibenarkan pada tahun lepas.

Bagaimanapun menurutnya, disebalik kebenaran itu, Prosedur Operasi Standard (SOP) masih perlu dipatuhi sama seperti solat fardhu dan solat terawih.

“Boleh solat raya tahun ini namun perlu mengikut SOP yang ditetapkan.

“Garis panduan yang ditetapkan adalah sama seperti penjarakan antara jemaah, imbasan suhu dan membawa sejadah sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Dana Pengurusan Masjid dan Surau kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di Masjid Darul Hana hari ini.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, tiada sebarang jamuan dibenarkan selepas solat sunat Aidilfitri.

“Jemaah yang hadir tidak dibenarkan untuk membawa makanan seperti kelaziman sebelum ini,” ujarnya.

Sementara itu menurutnya, semua masjid dan surau dalam kawasan DUN Pantai Damai berdaftar di bawah Majlis Islam Sarawak (MIS).

“Sebanyak 46 masjid dan surau terdapat di kawasan kita termasuk di taman perumahan atau kawasan perkampungan baharu.

“Pendaftaran ini mempunyai banyak kebaikan terutama dalam aspek pengurusan dan sokongan untuk terus mengimarahkan masjid dan surau,” jelasnya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan