Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli keluarga Angelina Sinyang bertungkus lumus mengalihkan perkakas rumah. Foto: Angeline Sinyang (Facebook).

Banjir: Sepanjang malam tidak tidur sibuk alihkan peralatan rumah 

KUCHING, 3 Feb: Sepanjang malam tidak tidur kerana mengalihkan peralatan dalam rumah ke tempat tinggi ekoran banjir di Kampung Simpok, Padawan dekat sini.

Demikian luahan Angelina Sinyang, seorang mangsa banjir melanda mulai malam Khamis sambil menambah, “Banjir besar yang tidak dijangka melanda. Ingatkan cuma banjir kilat macam biasa. Tapi air melimpah begitu cepat memasuki rumah kami dan penduduk kampung yang lain.”

Menerusi catatan di Facebooknya, hari ini beliau berkata hujan lebat menyebabkan selang dua jam, air bah dari sungai tepi rumah melimpah naik.

Hujan mula turun pada 8.30 malam dan disusuli banjir pada 10 malam.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Daerah Siburan meningkat kepada 97 orang setakat 12 tengah hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata PPS Dewan Kampung Mundai menempatkan 25 orang dari tiga keluarga, manakala PPS SK St Peter di Kampung Simpok dibuka pada 6 pagi dengan 72 orang dari 42 keluarga. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan