Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri. Foto: PDRM

Empat individu ditahan disyaki terbabit kes kematian pelatih Puspen Sungai Siput

IPOH, 3 Feb: Seorang pelatih Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Perlop di Sungai Siput ditemui mati dipercayai akibat dipukul pada Khamis.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 12.55 tengah hari apabila mangsa lelaki berusia 50 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Siasatan awal polis di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan pada badannya.

“Manakala hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun mengesahkan ada kesan kecederaan pada belakang badan si mati akibat dipukul dengan objek tumpul,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Yusri, susulan kejadian itu, polis telah menahan empat individu berusia 30 hingga 38 tahun iaitu tiga kakitangan di pusat pemulihan berkenaan dan seorang pelatih bagi siasatan lanjut.

Suspek direman selama seminggu bermula semalam bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan