Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan pertemuan dengan GLIC berhubung Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan pada Khamis. - Foto: Anwar Ibrahim (Facebook)

GLIC, GLC berperanan realisasikan pembangunan Malaysia Madani – Anwar

ByBernama

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berperanan dalam menyumbang dan merealisasikan pembangunan Malaysia Madani, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi catatan di Facebook pada malam Khamis, beliau berkata perkara itu diberi penekanan ketika mengadakan perbincangan dengan GLIC berhubung Belanjawan 2023 di Kementerian Kewangan pada Khamis.

“Selaras dengan elemen mampan dalam pendekatan Madani, perbincangan merangkumi komitmen GLIC dan GLC untuk meningkatkan kemampanan industri sawit serta memacu tenaga boleh diperbaharui,” katanya.

Menurut Perdana Menteri, Belanjawan 2023 yang akan dibentang hujung bulan ini memerlukan semua pihak berganding bahu dalam memacu pembaharuan ke arah Malaysia Madani.

Beliau berkata GLIC dan GLC mempunyai peranan khusus menyokong agenda pembangunan negara, terutamanya dalam memangkin pelaburan bagi sektor pertumbuhan baharu, menyokong pembangunan modal insan terutamanya penggajian siswazah baharu dan melaksanakan tanggungjawab sosial korporat.

“Saya juga mengarahkan GLIC dan GLC, sebagai majikan dan perniagaan yang bertanggungjawab, untuk memastikan penyediaan pekerjaan yang bermaruah, pembangunan vendor dan PKS (perusahaan kecil dan sederhana) tempatan serta menyumbang kepada program kemasyarakatan, terutamanya program pembasmian kemiskinan.

“Ini adalah selaras dengan elemen ihsan dalam pendekatan Madani,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual membentangkan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada 24 Feb ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan