Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kuching City FC meneruskan jelajah ke Kemboja mulai 1 hingga 7 Februari ini. Foto: Kuching City FC (FB)

Kuching City FC ‘berguru’ di Kemboja

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 1 Feb: Kuching City FC yang baharu sahaja selesai mengadakan siri jelajah di Zon Tengah Sarawak, ‘berguru’ di Kemboja bagi menguji dan meningkatkan persefahaman pemain menghadapi saingan Liga Super 2023 yang membuka tirai pertengahan bulan Februari ini.

Selain Kuching City FC, kelab bola sepak tanah air yang lain turut mengadakan siri jelajah ke luar negara bagi menguji dan meningkatkan persefahaman pasukan masing-masing.

Kuching City FC menerusi kenyataan di laman facebook rasmi pada Selasa memaklumkan, sepanjang di Kemboja, pasukan itu akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa kelab bola sepak di negara berkenaan.

Skuad kendalian Jurulatih, Irfan Bakti Abu Salim itu akan diuji berhadapan empat pasukan elit yang beraksi dalam saingan Cambodian Premier League.

“Jelajah ini merupakan persiapan untuk semua pemain bagi menghadapi saingan Liga Super 2023 yang bakal bermula 24 Februari ini,” kata kenyataan itu.

Kuching City FC dijadual akan bertemu pasukan Nagaworld FC pada 2 Febuari di Kampung Speu Stadium, Isi Dangkor Senchey FC 3 Febuari di Aia Stadium, Phnom Penh Crown FC 4 Febuari di Smart RSN Phnom Penh dan Visakha FC 5 Febuari di Aia Stadium.

Bagi saingan Liga Super 2023 Kuching City FC dijadual membuka tirai saingan liga bertemu Kelantan FC 25 Febuari ini di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan