Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah pangsapuri terbakar di Petaling Jaya menyebabkan seorang penghuni rentung. Foto: TVS

Seorang rentung, pangsapuri terbakar di Petaling Jaya

ByRegina Lee

PETALING JAYA, 1 Feb: Seorang penghuni sebuah pangsapuri di Flora Damansara  rentung selepas kediaman itu terbakar malam tadi.

Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan berhubung kes itu pada jam  9.13 malam.

Sebanyak empat jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Damansara, Sungai Buloh, Kota Anggerik serta Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.

Jurucakap Bomba berkata, kebakaran tersebut membabitkan sebuah unit di tingkat 21 blok D pangsapuri berkenaan.

“Anggota Bomba segera menjalankan operasi memadamkan kebakaran dan api berjaya dikawal pada jam 10.20 malam.

“Pangsapuri berkenaan musnah hampir 90 peratus dan seorang mangsa ditemui rentung,” katanya dan menambah punca kejadian sedang disiasat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan