Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Nancy Shukri. Foto fail: Bernama

Penubuhan jabatan kanak-kanak tumpuan utama KPWKM dalam Bajet 2023 – Nancy

ByAmirah Shawel

KUCHING, 31 Jan: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meletakkan peruntukan untuk merealisasikan penubuhan jabatan kanak-kanak sebagai tumpuan utama dalam Bajet 2023.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata beliau telah memohon agar keutamaan diberikan kepada kementeriannya bagi memperkasa penjagaan kanak-kanak terutamanya yang di bawah perlindungan KPWKM.

“Kita telah memaklumkan banyak kes di bawah rumah perlindungan kementerian yang menjadi isu terutamanya melibatkan kanak-kanak yang terabai dan didera,” katanya kepada pemberita pada program Penyerahan Faedah Pencen Penakat di Kampung Bintawa Hilir di sini, hari ini.

Peruntukan yang akan diberikan juga adalah untuk menyediakan latihan bagi meningkatkan tahap kemahiran penjaga, penyelia dan pegawai akhlak.

Jelas beliau, penjaga, penyelia dan pegawai akhlak memerlukan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan untuk menangani kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

Kementeriannya juga telah memohon peruntukan khas untuk mewujudkan satu sistem data berpusat yang melibatkan sebarang kes melibatkan kanak-kanak.

Sistem data berpusat tersebut adalah untuk memudahkan urusan pencarian maklumat kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak susulan kesukaran mendapatkan data berkaitan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan