Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: TVS

Tiang bendera tertinggi di Malaysia, struktur ikonik baharu Kuching

KUCHING, 31 Jan: Pembinaan tiang bendera tertinggi negara dijangka menjadi ikon kebanggaan bandar raya ini, sekali gus akan merancakkan sektor pelancongan.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata struktur sedemikian lazimnya akan menjadi tarikan pelancong untuk melawat bandar raya ini.

Menurutnya, pembinaan tiang bendera yang dikatakan akan dibina 99 meter itu bukan sekadar suka-suka, tetapi bertujuan memperingati kemerdekaan Sarawak 60 tahun agar generasi baharu mengenali sejarah negeri.

“(Pembinaan tiang bendera tertinggi adalah) untuk memperingati perjuangan kita, perjuangan mentadbir negeri sejak zaman dahulu hingga sekarang dan perjuangan kita menuntut hak-hak (di bawah Perjanjian Malaysia 1963) yang terhakis.

“Selain itu saya percaya semua rakyat Sarawak bersetuju bahawa negeri kita telah ditabir begitu baik dan hasil pendapatan bertambah, sehingga Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) memberi pujian yang tinggi kepada Sarawak,” katanya.

Beliau juga bersetuju dengan pembinaannya memandangkan ia dibiayai oleh syarikat swasta besar di Sarawak.

“Kalau kita lihat kos memang tinggi, tetapi jangan bandingkan dengan tiang bendera ini dengan tiang biasa di depan bangunan, memang ia tidak sama,” katanya.

Jelasnya lagi, tidak semua dana digunakan untuk membina sekolah, hospital dan jalan raya tetapi perlu juga diperuntukkan untuk membina prasarana yang boleh merancakkan aktiviti ekonomi rakyat.

Abdul Karim turut mengambil contoh kritikan terhadap pembinaan air pancut berirama berhampiran bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, kini ia menjadi antara tarikan pelancong dan penduduk tempatan untuk beriadah.

“Saya melihat perancangan itu dari aspek mencantikkan bandar raya Kuching dalam usaha kita menarik ramai kedatangan pelancongan lebih ramai.

“Kalau kita lihat Tebingan Kuching kini begitu cantik apabila ramai orang berkunjung, baiknya pada hujung minggu atau pada malam untuk beriadah,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan