Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angka kematian akibat letupan bunuh diri yang memusnahkan sebuah masjid di Peshawar meningkat kepada 44 mangsa. Foto: AFP News

Letupan di Masjid Pakistan, angka korban meningkat 44

ByBernama

ISLAMABAD, 31 Jan: Angka kematian akibat letupan bunuh diri yang memusnahkan sebuah masjid pada petang Isnin di Peshawar meningkat kepada 44 mangsa, lapor Xinhua.

Jurucakap Hospital Lady Reading, Muhammad Asim berkata, angka kematian meningkat selepas beberapa orang meninggal dunia akibat cedera parah dan beberapa lagi mayat ditemukan dalam runtuhan itu.

Sekurang-kurangnya 157 mangsa masih menerima rawatan di hospital, manakala 15 daripadanya dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Mangsa termasuk tiga pegawai polis, orang awam, seorang imam dan seorang wanita yang tinggal di sebuah rumah berhampiran masjid.

Pegawai Polis Ibu Kota Peshawar di Wilayah Khyber Pakhtunkhwa (KP), Muhammad Ijaz Khan memberitahu Xinhua bahawa kira-kira 300 jemaah sedang bersolat di masjid itu ketika letupan berlaku.

Beliau berkata, letupan kuat itu merosakkan sebahagian bangunan masjid, manakala ramai jemaah terperangkap dalam runtuhan.

Masjid berkenaan terletak di kawasan paling sensitif di Peshawar dengan sejumlah besar agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk Frontier Corps, jabatan memerangi keganasan terletak, menurut laporan tempatan.

Sumber rasmi daripada polis Peshawar memberitahu Xinhua bahawa sasaran pengebom bunuh diri merupakan anggota polis, sambil menambah bahawa penyerang berjaya menyelinap ke kawasan itu sebelum bertindak meletupkan dirinya di dalam masjid.

Susulan kejadian itu, jabatan kesihatan wilayah mengisytiharkan darurat di daerah Peshawar.

Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan itu dan melancarkan siasatan penuh berhubung insiden berkenaan.

Perdana Menteri Pakistan Shahbaz Sharif mengutuk sekeras-kerasnya letupan itu, sambil berkata seluruh negara bersatu menentang ancaman keganasan.

“Pengganas mahu menimbulkan ketakutan dengan menyasarkan mereka yang menjalankan tugas mempertahankan Pakistan,” katanya, sambil menambah bahawa strategi komprehensif akan diguna pakai untuk menangani situasi yang semakin merosot.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab atas insiden itu setakat ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan