Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyertai mesyuarat bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Suruhanjaya Tinggi Malaysi Singapura di sini hari ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Sarawak optimis salur tenaga elektrik kabel dasar laut ke Singapura

ByFirdaus Ismail

SINGAPURA, 30 Jan: Pembekalan tenaga elektrik dari Sarawak ke Singapura menerusi kabel dasar laut dijangka akan mula dilaksanakan selepas beberapa rundingan selesai.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy, Datu Sharbini Suhaili berkata, rundingan berkenaan termasuklah persetujuan Kerajaan Indonesia memandangkan sebahagian besar projek itu akan memasuki wilayah negara berkenaan.

“Kira – kira 80 peratus daripada kabel sepanjang 720 kilometer (km) itu akan berada dalam kawasan mereka (Indonesia) jadi di sini kita perlukan rundingan membabitkan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menyertai Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Mesyuarat Pra Majlis bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Suruhanjaya Tinggi Malaysia Singapura di sini hari ini.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Arun Openg (tengah) bersama Datuk Julaihi Narawi (kiri) dan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz di Suruhanjaya Malaysia Singapura di sini hari ini. Foto Awang Azmil (TVS)

Anwar hari ini tiba di republik ini bagi melakukan lawatan rasmi atas jemputan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Turut menyertai mesyuarat yang berlangsung kira – kira 40 minit itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Delegasi Sarawak yang turut serta termasuklah Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu, menerusi mesyuarat berkenaan, Abang Johari turut membentangkan proposal Kerajaan Sarawak untuk bekerjasama dengan Singapura dalam sektor tenaga baharu boleh diperbaharui.

Berhubung penyaluran tenaga elektrik berkenaan, Sharbini berkata, Kerajaan Sarawak optimis akan dapat melaksanakannya memandangkan ia merupakan permintaan Singapura.

“Ini kerana Singapura memerlukan tenaga elektrik untuk kegunaan industrinya,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan