Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Mohammad Razi Sitam bercakap pada majlis mesyuarat agung tahunan ke-26 Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa, Universiti Sains Malaysia. foto: TVS

Bidang pendidikan, kesihatan merangsang pembangunan Sarawak

ByFarah Diyana Samsuddin

KUCHING, 29 Jan: Bidang pendidikan dan kesihatan diyakini berpotensi merangsang pembangunan Sarawak kata Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Mohammad Razi Sitam.

Menurutnya hasrat berkenaan mendorong kerajaan Sarawak menyenaraikan dua bidang itu antara tuntutan bagi menurunkan kuasa kepada negeri ini seperti yang termaktub pada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Bila kita memanfaatkan apa yang terkandung dalam MA63 kita boleh melihat pembangunan kepada Sarawak selepas ini,” katanya.

Mohammad Razi berkata demikian pada majlis perasmian mesyuarat agung tahunan ke-26 Persatuan Alumni Universiti Sains Malaysia di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya Siswa, Universiti Sains Malaysia, pada Sabtu.

Sementara itu, katanya inisiatif Sarawak mewujudkan sekolah antarabangsa menerusi Yayasan Sarawak mempamerkan kesungguhan kerajaan melahirkan modal insan dalam kalangan masyarakat.

“Hasrat Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai hab pendidikan di rantau ini,” ujarnya.

Mohammad Razi optimis Sarawak berupaya menjadi pilihan rakyat negara jiran iaitu Brunei dan Indonesia untuk meningkatkan bidang pendidikan mereka kelak di sini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan