Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abano Johari Tun Open bersama mentor kabinet yang lain menggaul 'Yes Sang'. Gambar arkib. Foto: TVS

Premier ziarah rumah terbuka pemimpin di Sibu sempena Tahun Baharu Cina

SIBU, 28 Jan: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah mengadakan kunjungan ke rumah terbuka bersempena Tahun Baru Cina di sekitar Sibu pada Sabtu.

Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Majlis Perbandaran Sibu (MPS) yang diadakan di Dewan Suarah Sibu membuka tirai kunjungan beliau di sini.

Ketibaan beliau telah disambut mesra oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng, Pengerusi MPS, Clarance Ting Ing Horh, Ahli Dewan Negara, Senator Robert Lau Hui Yew serta ribuan rakyat jelata berbilang kaum, bangsa dan agama.

Kunjungan diteruskan ke rumah terbuka Tahun Baru Cina Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga ADUN Pelawan, Michael Tiang di Jalan Terap sebelum mengunjungi kediaman Pemanca Datuk Jason Tai di Nombor 5, Lorong 14.

Pada sebelah petang pula, beliau telah berkunjung ke rumah terbuka ADUN Bukit Assek, Joseph Chieng di Rejang Park serta mengakhiri kunjungan di bandar angsa ini dengan menziarahi rumah terbuka milik Ketua Masyarakat Cina Bahagian Sibu, Datuk Temenggung Vincent Lau Lee Ming di Jalan Camar.

Kunjungan beliau turut disertai Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang serta yang lain. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan