Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Dr Abdul Rahman Ismail bersama Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ketika melawat mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang Rantau Kiran. Foto: TVS

Peruntukan RM50,000 untuk bina penempatan sementara mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang Rantau Kiran

LIMBANG, 28 Jan: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkongsi kesedihan dengan musibah yang menimpa mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang, Rantau Kiran dengan menyalurkan peruntukan RM50,000 untuk membantu mangsa kebakaran membina penempatan sementara.

Sumbangan berkenaan kata beliau bertujuan meringankan beban mangsa selain Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) dan Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak (PUSAKA) turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM50,000 kepada mangsa terjejas sebagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Saya harap mangsa yang terjejas memanfaatkan sumbangan tersebut melalui jawatakuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) agar penempatan sementara dibangunakan lebih selesa sewaktu menunggu rumah panjang baharu siap,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Nasib mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang Rantau Kiran dapat perhatian pemimpin

Beliau berkata demikian ketika ditemui TVS selepas melawat mangsa kebakaran Rumah Panjang Bujang, Rantau Kiran hari ini.

Menteri Sumber Asli Dan Pembangunan Bandar Dua Dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak itu turut meminta agar pihak Sarawak Energy Berhad (SEB) memastikan sistem pendawaian di penempatan sementara dilaksanakan oleh mereka yang bertauliah.

Selain beliau turut meminta pihak Majlis Daerah Limbang turut membantu menyediakan kemudahan tandas bergerak dan bilik mandi sementara untuk kemudahan penduduk rumah panjang terbabit.

Hadir sama Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi Dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Limbang Yunus Tambi dan Wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan