Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersama tetamu kehormat yang lain memotong kek sebagai simbolik perasmian Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina anjuran MPS di Dewan Suarah Sibu pada hari ini. Foto: TVS

Sibu bakal miliki Dewan Bandaraya sendiri – Abang Johari

SIBU, 28 Jan: Kerajaan Sarawak akan merealisasikan hasrat Sibu untuk memiliki bangunan pentadbiran Dewan Bandaraya sendiri, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Khabar baik yang diumumkan beliau pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di sini, hari ini susulan pihak bertanggungjawab kini sedang menjalankan proses mengenal pasti lokasi bagi membina bangunan tersebut.

Beliau optimis bangunan Dewan Bandaraya itu nanti akan menjadi mercu tanda baharu di bandar Sibu sekali gus menjadi destinasi tarikan pelancong.

Justeru itu, faktor lokasi strategik harus dititikberatkan tegas Abang Johari berikutan untuk memastikan bangunan pentadbiran Dewan Bandaraya tersebut layak diangkat sebagai sebuah lagi bagunan ikonik di sini.

“Saya telah membina Dewan Bandaraya Miri dan seterusnya ialah Dewan Bandaraya Sibu bagi MPS. Kami sedang mengenal pasti tempat yang sesuai supaya Dewan Bandaraya MPS ini menjadi mercu tanda di Sibu.

“Saya berharap Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Pengerusi MPS, Clarence Ting Ing Horh akan menghasilkan reka bentuk dewan bandaraya yang menarik kerana ia akan menjadi pembangunan baharu di Sibu”.

“Maka Sibu akan menjadi destinasi pelancongan pada masa akan datang,” katanya ketika merasmikan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran MPS di Dewan Suarah Sibu hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru agar semua pihak bekerjasama untuk membangunkan Sibu agar bandar tersebut setaraf dengan kawasan lain di Sarawak.

“Seperti yang anda semua tahu, Sibu terletak di atas tanah gambut. Jadi kita mesti menggunakan pendekatan moden dan teknologi untuk membangunkan Sibu supaya tidak terdedah kepada banjir. Kita perlu mencari penyelesaian walaupun ia mungkin memakan kos yang tinggi”.

“Namun begitu, dengan sokongan rakyat di Sibu, saya sebenarnya telah memulakan program pembaharuan Sibu bermula dari Bukit Assek dan program ini akan menjadikan Sibu sebagai destinasi yang mesra pelancong,” katanya lagi.

Turut hadir ialah Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapa’ee, Timbalan Menteri Kesihatan Awam Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang, Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau, Ahli Parlimen, Oscar Ling, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Ching dan Pengerusi MPS Clarence Ting Ing Horh. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan