Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah JHS, Datu Hamden Mohammad merakam kenangan bersama peserta latihan. Foto: Jabatan Hutan Sarawak (JUS)

JHS, agensi awam pertama peroleh penarafan kompetensi jururterbang kawalan jauh

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 27 Jan: Jabatan Hutan Sarawak (JHS) tampil sebagai agensi awam pertama memperoleh penarafan kompetensi juruterbang kawalan jauh yang memenuhi kriteria ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia.

Pengarahnya Datu Hamden Mohammad mengumumkan kejayaan yang dilakar itu menyaksikan seramai 25 orang kakitangan JHS menerima Sijil Kompetensi Juruterbang Kawalan Jauh setelah menamatkan Latihan Sijil Kecekapan Juruterbang Jauh (RCoC-B) di sini.

Hamden dalam satu kenyataan hari ini mengakui penyertaan warga JHS merupakan komitmen pihaknya terhadap saranan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berhubung penerapan teknologi digital dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat.

“Inisiatif ini juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri maju menjelang 2030,” katanya menurut kenyataan berkenaan.

Dalam pada itu, Hamden turut berpendapat bahawa penggunaan teknologi dron dalam perkhidmatan JHS akan meminimumkan kos serta berupaya meningkatkan keberkesanan pelaksanaan operasi, penguatkuasaan hutan dan pemantauan.

“Ini kerana ia merupakan kaedah terkini dan paling sesuai untuk pemulihan kawasan hutan terosot yang sukar dilakukan secara manual,” katanya.

Atas kepentingan itu, Hamden berharap agar latihan tersebut dapat diteruskan selepas ini bagi meningkatkan ilmu pengetahuan dan memberi pengalaman baharu kepada kakitangan JHS meneraju pengurusan hutan di Sarawak dengan lebih baik.

Terdahulu, Hamden menyempurnakan majlis penyampaian sijil tamat latihan di Dewan Kuliah, Chemsain Consultant Sdn Bhd, di sini, hari ini.

Latihan terbabit merupakan anjuran Pusat Teknikal Dron, Kuching dengan kerjasama Akademi Dron Asia dan Chemsain Consultant Sdn Bhd. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan