Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Foto TVS.

36 sekolah terjejas banjir di Johor – Fadhlina

ByFebbright James

MIRI, 26 Jan: Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan sebanyak 36 buah sekolah di Johor terjejas akibat banjir.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, ia melibatkan 35 sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah.

Katanya, sebanyak 38 sekolah juga kini dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

“Selain di Johor yang paling kritikal (akibat banjir) terdapat juga sekolah terjejas di Kelantan dan Sabah. KPM sedang memantau perkembangan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Liam dan SK Lepong Ajai di sini hari ini.

Beberapa negeri kini dilanda banjir berikutan Monsun Timur Laut yang menyebabkan ribuan mangsa terpaksa dipindahkan ke PPS.

Berhubung lawatannya, Fadhlina berkata, kedua – dua sekolah berkenaan dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid dan majoriti muridnya tinggal di rumah panjang.

“Selain itu disebabkan lokasi yang berhampiran dengan sungai, kawasan SK Lepong Ajai sering dilanda banjir yang menyebabkan kerosakan fasiliti,” katanya.

Sementara itu, dalam hantaran di Facebook, Fadhlina memaklumkan KPM bersetuju untuk menyalurkan dana RM150,000 untuk setiap sekolah berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan