Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tahun Ketiga Berpuasa di Bumi Fiji

KESYAHDUAN Ramadhan tambah terasa tatkala berada di perantaun, jauh dari sanak saudara dan suasana kampung halaman.

Walaupun jauh di perantauan, Mohd Noor Zaky Mohd Nasir dan isterinya Shafawati Samat serta anak mereka Mikael Zaky, 10 tahun menyambut bulan puasa dengan mengekalkan sebanyak boleh suasana Malaysia walaupun dari kejauhan.

“Menempuh bulan Ramadan di Fiji bukanlah sesuatu yang sukar kerana waktu berpuasa di Fiji hampir sama dengan waktu berpuasa di Malaysia,” kata Mohd Zaky yang berkhidmat sebagai Penasihat Suruhanjaya Tinggi Malaysia Suva, Fiji

“Cuma perbezaan di sini tiada Bazaar Ramadan, kedai-kedai makan buka seperti biasa dan solat terawih kat sini memang di adakan dekat masjid cuma sebab kita baru lockdown sekarang kalau nak solat terawih semua buat dekat rumah,”katanya.

Tahun ini masuk tahun ketiga Zaky dan keluarga menyambut Ramadhan di perantaun dan disebabkan pandemik Covid-19 banyak aktiviti tahunan yang sepatutnya dilakukan oleh rakyat Malaysia di negara itu terpaksa dibatalkan.

Aktiviti seperti berbuka puasa bersama-sama juga turut dibatalkan sehingga keadaan pandemik Covid-19 sudah reda.

Beliau juga berharap agar pendemik ini akan berakhir dengan cepat supaya beliau dan keluarga dapat balik ke tanah air untuk menyambut Ramadhan bersama keluarga tercinta seterusnya dapat melunas rindu untuk merasai masakan Malaysia pada tahun mendatang.

Jika ditanya tentang pilihan juadah yang menjadi keutamaan ketika berbuka puasa sudah semestinya masakan Melayu Malaysia akan menjadi pilihan keluarga itu terumatanya kuih-muih tradisional Melayu.

Mohd Noor Zaky Mohd Nasir dan isterinya meyambut bulan puasa dengan mengekalkan sebanyak boleh suasana Malaysia walaupun dari kejauhan

Beliau berharap sambutan Ramadan pada tahun akan datang dapat diraikan bersama keluarga tercinta di tanah air, selain dapat melepaskan kerinduannya terhadap masakan-masakan Malaysia.

Mengambil peluang sesi temubual bersama TVS pasangan suami isteri itu menujukan ucapan khas buat keluara mereka yang tercinta yang berada di Terengganu dan Johor Baharu.

 “Untuk mak ayah dan family adik-adik dan abang kakak semua kami ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat hari raya dan in sha Allah tahun depan kita berjumpa. Salam sayang dari Fiji,” ucap pasangan suami isteri itu.

Tags: #bm, fiji, ramadhan

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan