Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak udah bisi bas ke nguna kuasa hidrogen. Foto Arkib TVS.

Sarawak mampu eksport hidrogen dan produk pertanian kepada Brunei

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 26 Jan: Sarawak mampu memainkan peranan untuk meningkatkan jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei dengan menjadi pengeksport utama produk pertanian dan sumber tenaga boleh diperbaharui.

Keyakinan itu disuarakan oleh pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Dzul Hadzwan Husaini yang menyifatkan Sarawak turut mempunyai kelebihan kerana kedudukan geografinya berhampiran dengan Brunei.

“Sarawak mampu untuk mengeluarkan produk-produk makanan untuk dipasarkan di Brunei.

“Selain itu, wilayah ini turut mempunyai sumber tenaga boleh diperbaharui yang boleh disalurkan kepada Brunei untuk mereka gunakan bagi memenuhi keperluan di sana,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS, Dr Dzul Hadzwan Husaini menyifatkan Sarawak berperanan membantu meningkatkan jumlah dagangan antara Malaysia dan Brunei. Foto: Dr Dzul Hadzwan Husaini

Kerajaan Sarawak sebelum ini menyatakan optimis untuk mengukuhkan kerjasama dengan Brunei dalam pelbagai sektor yang memanfaatkan kedua-dua pihak.

Menurut kenyataan Kerajaan Sarawak yang dikeluarkan melalui Pejabat Premier Sarawak, perkara ini akan direalisasikan menerusi Jawatankuasa Bersama Brunei – Sarawak di peringkat menteri dan dibantu oleh Kumpulan Kerja Bersama di peringkat pegawai kanan untuk hubungan dua hala.

Sementara itu, beliau memberitahu, Sarawak mempunyai kelebihan untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

“Ini turut dibantu dengan infrastruktur jalan raya yang mana ia secara tidak langsung memudahkan urusan dagangan kedua – dua negara.

“Kelebihan yang harus kita hargai ialah kita sangat dekat dengan Brunei, jalan raya yang baik dan hubungan akrab yang terjalin berdekad lamanya,” katanya.

Berdasarkan kesemua faktor berkenaan ujar Dzul Hadzwan, beliau yakin Sarawak memainkan peranan sangat penting dalam mengukuhkan lagi hubungan ekonomi Malaysia dan Brunei.

Untuk rekod, pada 2022, Brunei merupakan rakan dagangan dunia ke-26 terbesar Malaysia dan keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan berjumlah RM13.22 bilion. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan