Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Tindakan Tegas Dikenakan Kepada Mereka Yang Melanggar SOP

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu JPBB dan pihak polis akan mengenakan kompaun sehingga seribu ringgit kepada individu yang didapati keluar selepas jam 8 malam tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Pengerusi JPBB Bintulu Jack Aman luat berkata keputusan itu diambil hasil daripada perbincangan bersama dan berkuatkuasa 27 April sehingga 10 Mei depan.

“Tiada alasan munasabah lagi untuk keluar selepas jam 8 malam kecuali yang ada kecemasan dan yang berasa dalam essential services,” katanya.

Sot out 1

Menurut Jack lagi, penduduk di Bintulu juga kini diwajibkan menjalani ujian calitan  bagi mendapatkan kelulusan daripada pejabat kesihatan dan permit polis untuk aktiviti rentas zon atau daerah.

Iniberikutan beberapa isu timbul berhubung segelintir masyarakat mempertikaikan mengapa penduduk di bintulu tidak perlu menjalani ujian calitan apabila hendak ke zon atau daerah lain.

Dalam pada itu SOP baharu PKPB  Bintulu juga menggariskan hanya membenarkan dua isi rumah sahaja untuk keluar bagi mendapatkan bekalan makanan, ubat dan keperluan asas dalam radius tidak melebihi 10 kilometer dari kediaman mereka.

Tags: #bm, pkpb, sop

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan